Sunday, September 27, 2009

Salam Lebaran

Salam semua,

Skang ni dah masuk bulan Syawal dan kita dah pun menyambut aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Aku pun dah mula keje. balik jb sabtu sebelum raya. pukul 1.30pm aku gerak dari pd. amik cu asim kat masjid tanah sebelum berangkat balik. sepatutnya tahun ni raya pertama kat kampung aku, pagoh, tapi aku kesian kat mama sebab kalau aku cabut malam raya tu.. memang dia tinggal sorang la pagi raya tu. so aku decide lepas semayang raya baru balik kampung aku kat pagoh tu. malam raya keluar ngan bini aku ke danga bay.. nampak benor si mawi tu dah hilang populariti. malam raya dok lelong pakaian kat danga bay tu. x pe la mawi.. yang penting ko berusaha cari duit dengan cara yang betul. usaha tangga kejayaan beb!

pagi lepas semayang raya, makan soto.. aku pun gerak balik kampung. sampai dalam pukul 12nn dan aku dijamu ketupat dengan macam2 juadah lain. penuh betul perut aku raya pertama ni. ini kali pertama aku dapat tengok anak ayu (anak sedare aku yang ke4).. comel.. mak dia namakan dia rizky wafi. dah besor boleh gang ngan anak aku.. bikin havoc rumah atuk kat kampung tu! haha

raya ke3 balik jb. beraya plak kat jb especially umah sedare sebelah bini aku. sampai la hari ke5.. aku balik ke pd ngan putet and bujek ikut skali. gerak dari jb pukul 12mlm. sampai pukul 4pg. 7.30pg bangun and masuk keje. tengok balik keje yang bertimbun dan follow up yang aku kena buat. pd ni dah start prepare untuk PRK dan tak lama lagi sure meriah. aku tumpang seronok je la sebab aku bukan boleh mengundi pun. kot ada dapat rezeki lebih untuk hotel aku keje ni pun dah kira syukur.

sepanjang raya ni aku tengok kadar kemalangan jalanraya memang membimbangkan. jumlah kematian untuk raya ke4 je dah melebihi jumlah keseluruhan tahun lepas. kerajaan dah buat macam2 tapi macam tu la jugak.. senang cerita orang kita ni susah betul nak dengar kata. hopefully untuk perayaan lain yang bakal mendatang ini kadar kemalangan dapat dikurangkan.

sebelum aku terlupa aku betul2 nak mintak maaf dengan tulus ikhlas kat bro lan sebab aku x datang beraye rumah dia hari tu. aku langsung x ingat sebab sibuk dengan bini aku dan anak aku je. so.. tu bro lan, once again i apologise for not attending your event. segala kesilapan berlaku adalah tidak disengajakan.

buat semua yang membaca.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN!

jumpa lagi di coretan aku yang mendatang.

No comments:

Post a Comment