Monday, September 7, 2009

Ramadhan, 1 Malaysia & PRK

Salam to all,

Lama aku tak menulis dalam blog aku ni. Memang ikutkan aku nak menulis tapi tuntutan kerja menghadkan aku untuk berblog. Aku rasa ada dekat 3 bulan tak bukak blog aku ni. Nak bukak tadi boleh terlupa lak password! aduss.. bengong tul!

Aku masih kat PD, kerja kat sini dan yang terkini aku ada bro putet join kat tempat aku. Aku cadangkan nama dia dan selebih pihak atas yang pilih. Rezeki dia and baby dia kot.. nama anak dia Amin. Hari tu aku tengok badan dia size besar tak macam bapak dia. hehe

Macam biasa aku ni kira fortnightly husband (2 minggu skali balik JB). Wife aku macam biasa kekadang dia paham & kekadang dia ada sikit susah nak faham. Aku tau dia sesorang kat sana nak settlekan Syamil yang dah tentu makin lama semakin aktif. Citer bab anak aku.. skang dia dah boleh jalan.. klakar beb! hari tu aku bawak pegi Shopping mall, lepaskan dia dan tengokkan je ke mana dia pegi. Memang berani dan jenis tak takut dngn orang. Pah dia masih lagi jaga but dngn bantuan Bibik yang baru bini aku amik.

Skang ni dalam bulan puasa dan buat semua aku ucapkan salam ramadhan dan syawal yang tak lama lagi bakal menjelma. Bulan puasa ni aku tak sibuk dan bila tak sibuk aku jadi risau. Kerja perhotelan dah tentu aku nak tengok tempat aku sentiasa sibuk. Baru bagus untuk bisnes dan semua yang bekerja kat industri ni. Aktiviti2 aku dah rancang untuk bulan puasa ni termasuk buffet ramadhan and so far sambutan boleh tahan. Cuma satu yang aku kurang berkenan dan sepatutnya diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan, terutama kerajaan. Aku tengok bulan puasa ni dari perspektif perhotelan.. kalau ikutkan setiap kali bulan puasa je mesti kerajaan akan kurangkan atau boleh kata tak ada langsung kursus2 dan sebagainya. Ini pada aku salah.. membuatkan orang yang bukan islam mempunyai persepsi yang bulan puasa ni membuatkan orang jadi malas. Aku cakap kerajaan sebab majoriti semua orang islam. so bende ni kene tengok dengan cara yang sirius.

Sepatutnya kerajaan amik peluang ni untuk buat seberapa banyak kursus yang boleh.. bayaran untuk pakej dah tentu kurang dan secara tak langsung menjimatkan. Dan yang paling bagusnya ialah persepsi masyarakat bukan islam tidak menganggap bahawa bulan ramadhan merupakan bulan yang membuatkan semua orang islam jadi malas. ini pada pandangan aku dan terpulang la pada Kerajaan untuk menilai.

Bulan lepas merupakan bulan kemerdekaan dan aku dengan bangganya menyambut hari kemerdekaan negara aku ni dengan penuh rasa bangga. Dekat hotel ni aku suruh budak2 aku pasang bendera sampai ke bumbung. Tapi hati aku ada sikit sayu bila aku tengok kaum aku yang makin lama semakin berpecah belah. Semuanya atas sebab kepentingan politik peribadi semata. Alangkah elok kalau aku dapat tengok kaum aku bersatu padu dan menjadi kata penentu untuk semua yang dilakukan. Satu kaum ni dah memang ketara memegang perihal ekonomi negara.. amik contoh senang.. bila raya dia je, KL tu boleh kata lengang gila & banyak kedai tutup. Ura2 dan ikut pemerhatian aku kalau silap gaya mungkin kaum ni juga akan menguasai politik tanahair satu masa nanti. kalau itu terjadi.. alamat padah menimpa pada kaum aku.. bak kata pepatah 'menang sorak, kampung tergadai!'. Aku bercakap berlandaskan pemahaman aku. kalau ada yang setuju itu pilihan masing2. tapi inilah hakikatnya dan kaum aku diharap jangan lagi sambil lewa dan bertengkar tanpa memikirkan cucu cicit kita yang sepatutnya mengetuai negara aku yang tercinta ini.

dan dalam bulan ramadhan ni, ADUN tempat aku kerja telah kembali ke Rahmatullah atas sebab kesihatan. Bermakna tak lama lagi kat kawasan aku ni akan diadakan PRK untuk memilih wakil rakyat batu bagi DUN kawasan tu. Tempat ni skang BN pegang and tak tahu samada mampu mengekalkannya atau tak. Kita tengok je la nanti apa yang berlaku dan aku berdoa moga2 kemenangan berpihak kepada pemerintah. Senang! segala apa yang dirancangkan boleh dilaksanakan.. kalau tukar parti lain takut jadi macam beberapa negeri yang pentadbiran negeri nya lemah. Dan pada kali ni aku nak tengok kaum aku jadi penentu untuk masa depan mereka sendiri.. jngn biarkan kaum lain jadi kuasa penentu.. parah jadinya.. bagi betis nak peha! dan ini juga pandangan aku le.. ada yang tak suka terpulang.

satu je aku nak pesan dengan kerajaan skang ni.. cari pelapis baru dari golongan muda yang lebih kehadapan. yang tak pernah terlintas akan politik wang dan berjuang atas semangat bangsa. lakukan sekarang dan insyaallah pasti kerajaan yang ada akan mampu bertahan. yang mana pemimpin yang korup dan tak efektif diharapkan ganti serta merta. perlaksanaan perlu holistik.. dari pucuk ke akar umbi.. dan baru tunas baru akan bercambah.

Anak ketam di dalam baldi,
di atas penuh kawat berduri,
ini semua pandangan peribadi,
selebihnya lu pikir la sendiri.

1 comment:

  1. lebah dipanggil bee,
    bersarang di pohon kuini.
    bro, sy rasa bro je jadi yb,
    ada berani?

    masalah bangsa kta satu je PHD and then tamak ..emm kat sini pn sama, baru kerja je dh nampak semua tu.. btw, kita yg sedar ni, ubah lah mana yg patut.ye x?

    ReplyDelete