Wednesday, September 9, 2009

musim perayaan

start bulan ni sampai la ke hujung tahun.. kita akan menyambut segala macam perayaan. itu le untungnye masyarakat majmuk macam kita ni. Semua perayaan kita raya.. aku kalau orang tanye aku sambut raya apa.. aku cakap semua raya aku sambut. hehe


Bulan ni lepas ramadhan, syawal akan menjelang. Umat islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. bulan 10 plak kita ada deepavali, bulan 11 aidiladha dan bulan 12 krismas & new year. Semua ni aku sambut dengan perasaan yang gembira sebab kat malaysia ni semua raya kita sambut. seronok duduk kat malaysia ni.. cuma aku harap perayaan semua kaum ni dapat disambut oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum & agama.

semua ni boleh berlaku dengan adanya keamanan yang kita kecapi sekarang. Kita boleh tengok sekarang ni negara lain yang serumpun dengan kita pun dah mula tunjuk belangnya. Sebab apa? sebab dia tahu kita tak bersatu padu, berpecah belah. isunya bukan apa sangat pun.. salah orang lain tapi negara kita yang terkena. yang aku pelik apa pasal diorang nak emosional sesangat. dah nama kita ni satu rumpun.. dah tentu le kita ni dari akar yang sama. itu pun x boleh nak pikir ke?

hujung minggu ni akan penuh kenderaan di atas jalan.. semua warga kota akan pulang ke kampung halaman. satu aku ingatkan untuk semua yang membaca blog ni.. pandu cermat jiwa selamat. biar lambat sikit asalkan kita sampai ke destinasi dengan keceriaan, bukan dengan tangis hiba. aku akan mula cuti hari ahad nanti. sabtu lepas keje aku bertolak balik ke jb. dah rindu sesangat dengan syamil.. dekat 3 minggu aku tak balik.

raya ni aku sambut ala kadar je.. aku lebihkan pada anak aku je. biar dia merasa beraya.. dulu waktu kecik2 segala macam aku buat.. pelita, main mercun, marhaban, raya rumah kengkawan, semangat berkobar.. raya dulu kitorang bukan macam budak sekarang.. dapat duit je terus blah. aku rindu budaya dulu yang sepatutnya kekal sampai sekarang. mana silapnya? mungkin tak diajar budak2 ni untuk beraya dengan cara yg betul.

habis beraya ni aku akan balik semula bekerja dan tadi dalam website agendadaily maklum yang PRK Bagan Pinang akan bermula pada 3 Oktober dengan penamaan calon dan penamatnya PRK pada 11 Oktober. harap2 hotel aku ni benar2 sibuk.. bosan betul bila occupancy rendah ni.. morale bebudak mula jatuh kalau lama sangat berehat. dan raya merupakan cuti aku yang terakhir untuk tahun ni. Bulan yang mendatang aku berharap moga tempat aku keje ni sibuk sentiasa. amin

buat saudara & rakan2 yang mengikuti blog aku ni, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andaikata ada tersalah kata, tersilap budi bahasa & halalkan makan & minum. Syawal yang bakal tiba ni pasti membawa rahmat kepada kita semua. Hargailah keamanan & kemajuan yang kita kecapi sekarang ni dan yang paling penting sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan Ilahi.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN!

1 comment:

  1. oo bro, mana pantun mu?

    bulan ramadhan penuh debaran,
    dengan pelbagai goda dan bala.
    selamat menyambut hari lebaran,
    jemput bertandang ke teratak hamba.

    ReplyDelete