Sunday, May 24, 2009

Pengorbanan

Salam untuk semua.. (ada ke yang baca?)

baru hari ni aku activate blog ni and skang kira aku dah jadi blogger la.. hehe

niat aku satu untuk meluahkan perasaan aku je.. banyak luahan sebenarnya dan dari pelbagai aspek.. keluarga, rakan2, kerja, politik, alam sekitar, seni, career dan macam-macam lagi la. So blog ni buat masa ni aku khususkan untuk family dan rakan2 aku. Aku harap kita boleh berkongsi apa yang kita bincangkan.

Oklah.. utk kali ni aku cuma nak cerita pasal berjauhan dengan orang yang kita sayang. Pergh..! memang sadis.. fyi aku baru je 2 minggu berpindah kerja. From JB tu PD. semua ni pasal kerjaya dan masa depan aku anak beranak. tu sebab aku amik peluang untuk berhijrah.. itupun kan satu seruan. Aku dah pikir masak2 ini peluang yang aku perlu amik. belajar dan seterusnya cari pengalaman. keje swasta beb! bukan keje sendiri.. family aku sederhana dan duit pun bukan aku ada nak set-up bisnes buat masa ni. Insyaallah aku akan menuju ke arah tu but biar masa menentukan.

Aku mula keje 11hb hari tu. minggu pertama bini aku call cakap anak aku syamil demam.. kesian dia. anak aku baru sebelas bulan.. mungkin belum tahu semua pengorbanan baik aku dan mama dia buat. so last week aku balik JB, mama dngn pah dia kata kene demam campak tipu. tapi satu yang aku puji dia tak merengek mcm sesetengah budak, slumber je and nafsu makan dia masih ada. aku rasa dia mesti jenis survivor.. macam papa & mama dia. hehe

So hari minggu malam lepas aku dah sama dengan diorang aku balik ke PD.. drive slow je and layan sinar fm (best beb malam minggu layan channel ni, semua lagu lama). Tengah driving tu aku terpikir orang sekeliling aku, family & kawan2 yang banyak menolong dan berkorban untuk aku anak beranak.

Dari Pah/mama yang skang ni berkorban masa dan keringat jaga jue & syamil, my wife/mama yang terpaksa merelakan untuk aku pergi berhijrah dan terpaksa berdikari seorang diri tanpa aku, teh & auntie mun yang sanggup untuk amik anak aku pagi2 untuk dijaga. Abang mi, abang yid, kak wan & kak mas yang sentiasa ada menghulurkan bantuan dan memberi semangat buat bini dan anak aku. And for Shu and epol, thanks for your concern too!

Mak, abah, Bro ajim, bro ocit, ayu, ani and ariff, we are bloods! thanks for all your support, concern and pray toward my success (Jim, tqvm soh akak call Jue tanya kabor syamil time dia demam). Korang sentiasa ada dalam hidup aku ni sampai bila2 dan aku akan berusaha untuk lebih berjaya! hehe (patriotik la plak)

To all my frenz.. aku tau korang pun sentiasa concern pasal aku dan family.. Putet, Soffuan, Landz, Halil, Bujek, Mate dan ramai lagi yang mana aku tak sebut... korang memang ROCK! Time kasih buat Putet & Soffuan hantarkan kete bini aku pegi service time aku takde hari tu.

So.. the lesson apa yang aku cakapkan kat atas ni, setiap orang yang ada dekat sekeliling kita sebenarnya banyak berkorban untuk kita samaada kita sedar atau tidak. Janganlah kita persia-siakan setiap pengorbanan yang diorang dah buat. aku tak nafikan sume ni dan aku ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga. Allah jua la yang akan membalas segala jasa-jasa & pengorbanan kalian semua.

Aku kat sini dah minggu ke 2, so far segalanya ok. Orang PD lebih kurang macam orang JB gak. Routine aku pagi sebelum 8.30 aku masuk keje sampaila pukul 9.30 malam. Balik bilik aku, mandi dan bukak komputer balik. Tujuan nak skype dengan bini aku dan anak aku. Tu je la nak lepaskan rindu (nasib skang ek.. klu orang dulu ntah mcamana ntah?) So far baru skali je dapat, selebihnya syamil tidur, mama dia tired (bini aku keje.. hari2 ulang alik P Gudang - BBU).. aku paham dan aku tau diorang pun paham aku.

Well.. that's life.. bukan senang nak jadi senang. ini yang tuhan dah tentukan untuk aku dan kene terima la. Insyaallah aku akan buat yang terbaik yang aku boleh.

ok la.. stop until now. Dah lama tak menulis so mungkin ayat aku agak berkarat. Kalau ada tersilap kata mohon ampun & maaf. Aku plan seboleh mungkin akan update tiap2 minggu (kalau keadaan mengizinkan). Mungkin ada yang baca atau langsung takde orang baca.. itu terpulang so atleast aku dapat luahkan apa yang terbuku dalam kepala otak aku. Kalau ada yang nak comment atau nak bagi buah pendapat, please feel free to write.

Ke kedai mamak makan Chapati,
Habis makan tangan bau kari,
apa yang aku tulis ni semua luahan hati,
selebih tu lu pikirla sendiri!

Salam!

3 comments:

  1. anak ikan namanya gelama,
    dibawah jati, cuba menyorok.
    menulis bukan kerna nama,
    sekadar menjadi kenangan esok.

    at least bro, menulis ni menjadikan kita kreatif dan lebih menghargai org sekeliling kita bila kita menulis ttg mereka, lbh berkeyakinan bila meluah perasaan, lebih bijak bila menyusun kata dan lebih sopan bila berbahasa.. selamat berblogger...ahakzs 9rosak bahasa)..

    ReplyDelete
  2. bagus dah ada pengikut blog...jangan lupa access blog abg jca74.blogspot.com keta kau punya no...glamer bro

    ReplyDelete
  3. marile klik
    http://www.kliks.my/kamal/

    ReplyDelete