Tuesday, May 26, 2009

Minggu ke-3

minggu ni macam2 berlaku.. sabtu hari tu lepas keje aku chow pegi umah bro ocit kat bukit mahkota. abah, mak, bro ajim, ayu, zaki, ani dan ariff sume ada kat sana. plan nak pegi umah kak intan untuk majlis kahwin adik kak intan. Aku habis keje pukul 1pm terus gerak pegi ke sana. Sampai umah bro ocit dalam pukul 2pm. diorang kata tunggu aku baru gerak.

Ingat diorang nak gerak terus.. rupa2 nya mak ada bawak nasi himpit, kuah lodeh, ayam kicap dan sambal kacang! perghhh! memang masyuk betul kat perut aku yang time tu tengah kosong. so sebelum pegi kenduri kahwin aku lantak makan bekal yang mak dah siapkan dari kampung. Satu peel mak aku ni dia kalau pegi mana2 mesti akan bawak bekal dari umah. ini memang dari aku kecik lagi.. aku ingat waktu bro ajim sekolah kat seremban dulu.. kitorang mesti bawak bekal and pastu makan kat tasik seremban. hehe. pegi tempat bro ocit kat kolo pilah pun samo! Sekolah ayu, sekolah ani, sekolah ariff.. mesti mak bawak bekal punyelah. aku je yang tak ada pasal aku sekolah menengah harian. tu pun pasal aku cabut dari sekolah asrama masuk sekolah harian.. (aku pikir2 kalau aku belajo betul2 time tu mau skang aku jadi apa agaknya ek?, arghh tu semua qada' qadar tuhan dan kita sebagai umatNya seharus bersyukur atas nikmat pemberian)

citer balik bab bekal mak aku ni memang tak habis time kitorang sekolah aje. sampai kitorang belajar kat kolej ke, 'U' ke.. mesti ada bekal punye lah. dan bila kitorang adik beradik ni dah ada family sendiri pun mesti mak aku akan bawak air buah tangan dia. Dia sanggup bangun pagi2 semata-mata nak siapkan bekal tu semua.. dan dia pasti akan masak ikut kegemaran anak2 dia.

Itulah mak aku.. dia tak pernah merungut atau ngadu sakit sebab masakkan untuk kitorang. tapi aku boleh nampak dia puas bila makanan yang dibawak tu anak dia tak berhenti-henti mengulang makan. Abah selalu cakap "mak pagi2 lagi dah bangun buat benda ni semua.. dia suka bila tengok bekal yang dibawak habis dimakan anak-anak". Aku setuju cakap abah tu dan kitorang adik-beradik memang pasti jamah berulang-kali punye lah!

So, the lesson is Sentiasalah taat kepada ibu kita dan tunjukkan kasih kita kepada ibu kita. sentiasalah doakan ibu kita diberkati dan dilimpahi dengan kesihatan dan kesenangan di dunia dan akhirat.. amin!

Sebelum aku decide nak pegi ke umah bro ocit, aku sebenarnya berbelah bagi. Bini aku call malam jumaat tu cakap nak bawak syamil pegi klinik. Dia tak sedap hati pasal nafas anak aku agak cepat. dia batuk dan ada kahak dan dia tak reti nak keluarkan. lepas kene periksa anak aku kene tahan kat ward pasal diorang nak buat check-up and nak bagi nubilizer, bagi dia senang nafas. so kene tahan satu malam.. nasib baik aku ada medical insurance untuk dia.. so lepas bini aku check diorang kata semua cover (untuk kes macam tu je - satu malam kat ward, nubilizer, x-ray & ubat2 dekat RM700 lebih). mama dia ada amik gambor anak aku time dia warded hari tu. Bini aku amik lepas dia kene cucuk dngn jarum kat tangan. muka selamba je and tak nangis pun bila nurse cucuk jari dia.. memang slumber betul!

Lepas dari tu aku ada cakap dekat bini aku yang aku nak balik pasal risaukan anak aku tu.. tapi bini aku cakap syamil dah ok dah.. tak yah susah2 balik dan dia kata anak aku dah boleh discharge hari sabtu tu. aku lepas pikir2 balik dan lepas dapat assurance dari bini aku, baru aku decide tak balik dan baru tu aku cakap kat diorang aku pegi ke majlis kerja kahwin adik kak intan. Abah cakap "uda kena kuatkan semangat.. memang berjauhan ni penuh dengan dugaan dan kene cekal untuk tempuhi". Abah banyak bagi perangsang dan dia kata mungkin akan turun ke JB dalam minggu depan. Insyaallah dia akan singgah untuk jenguk anak dan bini aku nanti.

Itu cerita bab family aku.. bab kerja tak banyak yang nak diceritakan.. minggu ni kira start cuti sekolah.. senang cerita boleh tahan la sibuknya untuk 2 minggu yang mendatang ni. The rest normal operation in the hotel.. i'm still new and many things to catch up.. to study on the operation before i do certain changes here. But overall i'm satisfied with my 3 weeks here. Harap korang doakan aku berjaya dan sukses selalu! haha

Oklah.. nanti aku citer lagi.. any comment bubuh je la.. nanti aku baca.

duduk termenung terkebil-kebil,
gosok mata kanan dan kiri,
aku ni ibarat pinjam kata nabil,
dia kata Lu Pikir la Sendiri!

Adios and cheers! Salam... ;)

No comments:

Post a Comment